Aug 25, 2014

Pergilah Kasih

Kasih
Dimana bicaramu yang dulu
Yang indah bagaikan lagu
Telah kusemat tiap ayatmu
Janji janjimu satu persatu

Kini
Kulihat wajah dibalik lontaran kaca
Penuh keliru, duka beraja
Hilang seri tanpa kasihmu
Hilang punca tanpa cinta

Yang kononnya kau bilang cinta

Kau ada dia namun ku masih percaya
Bahawa kasihmu jujur padaku
...hinggaku hanyut di dalam angan

Indah namun berbisa
Impian kubina didalam mimpi
Hanyut pergi dihujung lena
Dan terjaga aku menangisi
Hakikat mimpi didalam jaga

Kau biarkan ku pergi
Bak layang-layang terbang tinggi
Semakin jauh kugagahi
Hingga kau kian lenyap dari hati

Andai kau tuntut janjimu dulu
Carilah ia di dasar hatiku
Telah kukunci hingga rapi
Biar tersimpan menjadi mimpi
Temani lenaku setiap hari

Cintamu tiada disini, kasih
Kau lepaskanku perlahan-lahan
Tanpa kau sedari
Semakin kuat aku berdiri
Berlari menongkah hidup ini
Tanpamu disisi saban hari

Pulanglah kau pada dia
Yang setia menanti dengan rela
Bukan aku jalan hidupmu
Cari disana...bersama dia

Pergilah kasih
Palingkan wajahmu
Kerana aku tak mampu melihatnya lagi


-BalinaQistina-
  260814



Aug 4, 2014

Kerana Pilihan Bab 3


Bayangan wajah Aidil tiba-tiba menerpa benakku. Sedangkan waktu itu aku sedang khusyuk melayan penulisanku yang telah lama aku tinggalkan. Aku cuba mengembalikan kosentrasi pada skrin laptop didepanku namun dilembaran kaca itu jua aku terbayangkan wajah Aidil yang sedang tersenyum.

Ahhh…ini parah.

Kenapa sekarang, Aidil? Aku cuba memejamkan mata serapat mungkin sambil beristighfar sepanjangnya. Kuusap wajahku sendiri dengan kedua belah tangan sambil berselawat. Aku yakin, walaupun yang kunampak itu wajah Aidil, namun disebaliknya adalah gangguan syaitan yang sengaja mahu membolak balikkan hati anak cucu Adam. Astaghfirullahalaziimmm….

Aku meletakkan semula jemariku di papan kekunci. Ku pandang ke skrin sambil mata meliar mencari-cari bait-bait perkataanku yang tak sempat disambung tadi. Perlahan-lahan aku baca perenggan yang tidak habis itu sambil cuba menghayatinya semula. Aku perlukan satu mood yang boleh membangkitkan mindaku untuk terus menulis. Dan mood itu akan datang sendiri sekiranya aku dapat menyelami isi hati disebalik penulisan aku itu.

Sudah sekian lama aku tinggalkan penulisan…sejak Aidil tiada, bagaikan terhenti segalanya rutin aku. Bagaikan berlalu sama dengan pemergian Aidil dari hidupku. Mungkin sama penting keduanya – Aidil dan hidupku sehinggakan aku rasa kejauhan ini sangat berat. Umpama batu gunungan besar di penghujung puncak yang jatuh secara tiba-tiba menghempap kuat diatas tubuhku yang kecil ini. Umpama tangan yang selalu cuba melakar awan yang tak kesampaian…lalu pabila hujan mengambil tempat, awan pula berlalu meninggalkan aku terpinga-pinga.

Sukar, Aidil. Hidup tanpamu amat sukar. Kau bukan sesiapa didalam hidupku namun segalanya amat sukar. Barangkali kehadiran Aidil sudah amat sebati hinggakan cubaan memutuskan rantai yang menyambungkan dua hati ini tak berjaya. Seperti aku diheret sama dengan rantai besi bersadurkan persahabatan suci itu….diheret jauh bersama Aidil yang tiada lagi disisi.

Jasadmu memang tak kulihat, namun auramu tak pernah lekang dari diri aku. Itu yang sukar, Aidil. Kenapa sekarang kau muncul kembali setelah sekian lama menghilang bersama kabus-kabus yang menjemputmu pergi. Kenapa setelah aku cuba meyakinkan diriku bahawa aku perlu teruskan hidup walaupun tanpamu, bayangmu datang kembali menjengahku disini.

Aku teringat lagi saat aku dipeluk erat oleh Humaira’ setelah dia sedar yang aku telah bermimpikan satu kenangan indah yang tiba-tiba hilang tatkala aku membuka mata. Semakin kuat peluknya tatlkala aku menangis dan meracau akibat rindu yang menggila terhadap Aidil. Berminggu telah berlalu saat itu.

Aku kembali kuat dan meneruskan rutin hidupku seperti biasa bersama sahabat-sahabat di rumah dan dipejabat. Mujur ada Humaira’ sebagai penguat semangat. Aku kembali tenang dan ceria dengan keletah sahabat-sahabat serumah – Dania dan Fifi. Selepas penat dari bekerja, berjumpa dengan mereka sambil menikmati makan malam didepan kaca televisyen merupakan rutin yang tak akan aku cuba untuk padam dari diari hidup. Nampak mudah dan biasa tetapi tak dapat bayangkan hidupku tanpa mereka.

Begitu juga dengan teman-teman akrabku di pejabat – Hadi, Iwan, Tasha dan Wahida. Semuanya pembakar semangat yang tak pernah putus. Penawar duka dikala aku kesedihan. Peneman di kala aku perlukan seseorang disisi. Mereka tahu cara hidupku. Mereka kenal aku.

Seperti kau, Aidil. Malah kalau diikutkan, antara semuanya kaulah yang memenangi hatiku ditempat pertama bagi semua kategori sahabat terbaik.

Ahhh ! Perlu ke aku selitkan nama Aidil sekarang?

Nama itu seakan-akan sejarah yang sepatutnya aku padam daripada lakaran hidupku. Namun, kuatnya ia bertakhta di bibirku seperti kuatnya ingatanku terhadapnya. Mengapa, Aidil?

Aku mengeluh berat. Berkali-kali aku cuba membawa diriku kedalam penulisan mentah itu namun berkali-kali juga aku tewas dengan monolog aku sendiri. Bicara hati yang tak putus-putus mengimbau kenangan sedikit sebanyak mengganggu mood aku. Hilang terbang semua idea-idea bernas yang telah aku simpan di kotak pemikiran. Bagaimana muncul kembali nama itu aku kurang pasti.

Seingat aku, terdetiknya niat ingin menulis semula ini kerana aku telah tertarik pada satu novel lama penulisan S.M.Noor atau nama penuhnya Syed Mohammad Noor bin Tuan Long. Usai membaca novel ringkas bertajuk ‘Tebaran Malam’ itu, hatiku membuak-buak mahu menulis semula. Berpeluh-peluh jari jemariku tidak sabar untuk menaip di kanvas putih.

Novelnya ringkas. Sesuai untuk aku yang sedang berjinak-jinak semula dengan dunia penulisan yang aku cipta sendiri. Tiada dilatih mahupun diajar. Aku sendiri cuba menghidupkan penulisan sebagai satu minat yang mendalam. Kerana dengan penulisan, aku dapat rasakan yang hidup itu indah. Aku boleh mewujudkan satu watak yang aku sendiri kepingin untuk menjadi dirinya…dan watak itu akan kureka sebaik mungkin, kelihatan sempurna dikelilingi kehidupan yang indah. Melalui penulisan juga, terkadang aku cenderung untuk samakan watak itu dengan kisah hidupku tetapi akan kuselitkan bunga-bunga kebahagiaan didalam kehidupan watak yang aku cipta itu.

Indah. Apabila impian tidak tercapai di realiti, kehidupan didalam bentuk penulisan amat indah untuk dikecapi biarpun sesingkat waktu. Usai menulis, usai membaca…tamatlah ia. Namun, sesingkat waktu itu amat memberikan beribu erti yang tidak dapat aku gambarkan. Alangkah baiknya jika semua ciptaanku diatas kanvas putih kosong itu menjadi kenyataan.

Aku teringat tentang kebetulan dan qada’ dan qadar yang telah Allah tetapkan yang acapkali disebut didalam penulisan S.M.Noor itu. Jalan cerita yang ringkas namun amat baik sebagai senaman minda juga rohani. Qada’ dan qadar.

Mana bisa aku melawan ketentuan Allah? Allah yang Maha Mengetahui setiap perkara yang telah ditetapkan didalam hidup hambanya yang kerdil. Sehalus zarah, semuanya dibawah kekuasaan Allah yang Agung. Astaghfirullah….adakah aku cuba menidakkan ketentuan Allah?

Aku menarik satu nafas yang panjang. Telah aku duga, hadirnya bayangan Aidil itu adalah hasutan syaitan yang hebat, yang cuba melarikan ketetapan hatiku selama ini. Mungkin bisikan itu cuba mematahkan semangatku yang kian membangkit semula dan lantas membuatku menjadi seorang yang murung dan sering menyalahkan hidup. Bisikan sebegitu membunuh. Astaghfirullah….

Aku cuba melawan. Aku pandang skrin berkaca itu sekali lagi. Entah berapa kali cubaanku telah digagalkan oleh kenangan yang menerpa tak henti-henti. Aku seakan lemas seketika. Terasa sesak nafasku yang bukan dibuat-buat. Mataku tajam merenung skrin itu. Sebenarnya aku cuba melawan sesuatu. Aku cuba membuang wajah Aidil yang seperti telah melekat disitu. Senyumannya yang manis, yang mengusik sanubari semakin menajam, melawan sepasang mataku. Aku senyum kembali.

Sememangnya kenangan itu indah.

Tak dapat aku melawan memori yang telah sekian lama tersimpan di benak. Sesekali ku akui, sejarah lama akan terpalit biarpun aku telah ada pengganti. Sudahnya, aku biarkan saja….

Maka aku pun melayan kenangan-kenangan itu serelanya….


-With Love, BalinaQistina-


sambung....

Kerana Pilihan Bab 4


Kerana Pilihan Bab 2

Imbasan Kenangan-Humaira’

Petang itu, petang Sabtu. Selalunya petang begitu aku akan menyelimuti tubuhku dengan selimut tebal didalam bilik hostel akibat kemalasan yang sukar untuk dibuang. Selalunya juga, jika tidak berkurung dibawah selimut, aku akan bersiap dengan pakaian sukan lengkap bersama running shoe NIKE yang paling aku sayang untuk berjogging ditaman yang dipanggil Bukit Ekspo. Malah, sebelum berjogging, aku akan cuba menghabiskan masa lapangku di hujung minggu dengan aktiviti-aktiviti di kolej sambil cuba membuktikan sayangku kepada tempat tinggalku itu.

Tetapi petang Sabtu itu aku langsung tidak berkurung, berjogging mahupun beraktiviti di kolej. Petang itu aku heret kakiku ke kedai buku kesayanganku di MidValley Megamall.

Aku keluar dari bilik hostel tepat jam 2 petang, usai Solat Zohor. Dengan beg silang hitam, berseluar jeans, t-shirt denim kosong yang berwarna pudar dipadankan dengan shawl biru berbunga besar dan flat shoes, aku berjalan sendirian ke hentian bas.

Masih perasaan malas melekat tak mahu pergi namun tanpa berusaha untuk membuangnya, aku tetap membawa diriku jauh dari bilik. Memang udara di luar bilik berganda lebih segar daripada bawah selimut tebal. Memang pemandangan di luar bilik lebih indah daripada mengadap laptop 24 jam tanpa henti.

Aku rasakan aku telah menjadi sekawanan katak di bawah tempurung. Berkurung di dalam kegelapan dan kesunyian. Bukannya mudah. Kehidupan aku yang penuh warna umpama telah bertukar ke satu tona warna yang aku gagahi melukisnya di sekitar tembok-tembok hidupku. Bukannya mudah untuk memaksa diriku masuk dibawah tempurung itu dan tinggal bersendirian tanpa teman.

Namun itulah yang terjadi.

Di semester kelima aku berubah rentak hidup sekaligus warna-warna yang pernah menghiasi ku berubah. Aku masih Balqis cuma………sedikit berbeza.

Terkadang bosan dengan cara hidup yang telah aku lukiskan dibuku ku ini. Ia seperti menanamkan sesuatu yang bersifat kelabu yang tidak memberi seri. Seperti memasukkan kesedihan didalam jiwa yang sedia duka. Seperti mencampakkan jauh kegembiraan dari dalam diari hati.

Berat. Sentiasa keluhan yang keluar dari hati. Bukan aku sengaja berbuat demikian. Desakan sebenarnya…  Desakan nurani yang tidak kedengaran yang semakin lama semakin menolak diriku kelembah kesepian biarpun secara perlahan. Seakan aku di puncak kedukaan itu dan hanya menunggu masa untuk terjun dari ketinggian memuncak yang mungkin akan menyebabkan tubuhku hancur retak seribu.

Maka jika hancur….aku bagaimana?

Sedar tak sedar, aku berada elok di hentian bas. Mungkin hari tuahku, belum pun sempat menarik nafas yang panjang, kelibat bas biru telah muncul di hadapanku. Dengan pantas aku menaikinya bersama kurang lebih 25 orang yang lain.

Tuahku lagi, aku terlihat ada satu tempat duduk di bahagian kanan yang kosong. Betul-betul bersebelahan seorang gadis yang kukira sebaya denganku. Barangkali pelajar disitu juga. Takkanlah pensyarah semuda itu. Aku menghadiahkan satu senyuman yang berat, yang kosong sambil duduk di kerusi itu. Risau jika lamunanku bersambung lagi kerana aku tahu ia tiada titik nokhtah. Rupanya inilah akibat berkawanan dengan katak dibawah tempurung.

Aku keluarkan buku dari dalam beg. Itulah peneman jika aku bersendirian. Cepat-cepat aku selak mukasurat demi mukasurat untuk mencari tempat yang telah kutanda tadi kerana khuatir lamunanku bersambung akibat kesunyian ini. Biarpun suasana didalam bas tidaklah sesunyi mana, namun kesunyian itu beraja didalam kepala dan hatiku. Walau didalam tempat paling ramai manusia sekalipun, kesunyian itu boleh hadir sekelip mata. Aku terlalu dihantuinya. Maksudku, kesunyian itu.

Kadang-kadang ia seperti halilintar – datang dan pergi dengan pantas. Kadang-kadang ia bagaikan lena yang panjang yang tak mahu pergi dari aku. Tambahan pula aku sekarang sangat rajin melayannya maka makin akrab sunyi itu denganku. Makin berat untuk berpisah.

Tak. Aku tak mahu berpisah dengan kesunyian kerana kadang-kadang kesunyian itu mendamaikan. Amat terasa apabila didalam kesunyian itulah aku dekat pada-Nya. Diketika itu, aku insaf dan banyak beristighfar mengenangkan dosa-dosa yang telah kulakukan dalam sedar ataupun tidak. Disaat itu, kedamaian bagaikan tak perlu dicari kerana ia datang dengan sendiri.

Namun, tak berpisah tak bermakna aku mahu kekal begini. Sesekali kesunyian harus pergi berjasa pada insan lain yang memerlukan. Kesunyian juga boleh jadi pembunuh yang paling sukar dikesan. Itu yang paling aku takutkan. Kerana aku seringkali tertekan dengan masalah hidup walaupun ia tidak kelihatan seteruk mana, namun aku lah orang yang sedang melaluinya. Masakan ada orang lain memahami.

Tuhan, adakah aku didalam kekeliruan? Antara memilih untuk hidup begini atau keluar dari semua ini? Aku bukan saja kekeliruan malah terkadang aku rasakan arah tuju pun sudah kabur.

“Suka baca novel Emi Ime juga?” terdengar satu suara ditelinga kiriku. Aku menoleh kearah suara itu. Sudah tentulah jiran sebelah tempat dudukku ini. Lantas aku mengangguk perlahan sambil tersenyum.

“You ada semua koleksi dia ke?” soalan diajukan lagi kepadaku. Nampaknya dia tidak berputus asa walaupun soalan pertama tadi kubalas dengan jawapan bisu.

Aku menjawab dengan suara yang perlahan “Rasanya semua, tapi mungkin ada satu dua buku yang I terlepas….”

“I ada semua. Nanti bolehlah I bagi you pinjam.”

Aku lihat dia senyum. Nampak ketulusan disebalik senyuman itu.

“Boleh jugak. Minat Emi Ime jugak ehh?” Tiba-tiba bagaikan dirangsang, aku pula membuka soalan.

“Sangat !”

“I paling suka buku first dia ‘Tentang Hati’. Macam satu diari.”

“Kannnn? Penulisan dia simple dan spontan.” Diam. “Anyway, nama I Humaira’. Boleh panggil Ara.”

Aku kagum. Dia memang kelihatan jujur. “ I….Balqis.” Kami berjabat tangan.Tiba-tiba aku rasakan hatiku kembang berbunga..bagaikan ada satu perasaan lega yang tak dapat aku gambarkan setelah berbicara sebentar tadi. Walaupun berat pada mulanya untuk suara itu keluar, ia berjaya juga diucapkan malah seakan-akan cuba mewujudkan sesuatu yang baru didalam hati aku.

Kami terus berbual disepanjang perjalanan bas ke stesen komuter. Tak henti berborak sehinggakan novel diatas ribaanku kubiarkan saja tak berselak. Sesekali aku ketawa kecil dengan cerita-cerita Humaira’ dan sesekali aku pula membuatkan dia ketawa tak henti.

Singkat. Sungguh singkat permulaan itu tetapi ia telah berjaya mengundang ketawa yang sudah lama tak hadir dalam hidupku. Aku merasa puas. Puas yang bukan dibuat-buat. Satu permulaan yang ringkas yang pada asalnya adalah satu kebetulan. Mungkin tuah yang menyapa aku seawal pagi perjalananku tadi terusan menjadi tuah apabila aku bertemu humaira’.

Entahlah. Di mata kasar, ia hanya satu pertemuan yang boleh berlaku kepada sesiapa sahaja namun padaku ia satu pemberian yang turun dari langit. Umpama cuba menarik aku keluar dari kesunyian yang bertakhta dalam hidupku. Sesuatu yang aku tak terfikir akan berlaku dan tak pernah aku menyimpan harap.

Itu perkenalan diantara Balqis dan Humaira’ dan itu jugalah permulaan baru didalam hidupku.

Aku masih ingat ketika masing-masing bertukar nombor telefon bimbit sekadar mengeratkan ukhwah yang baru berputik itu. Dia di kolej ke 12, agak jauh dari kolejku. Jika berjalan kaki boleh beratus kali tercungap agaknya. Setelah turun dari bas, Humaira’ dengan spontan memelukku sebagai tanda perpisahan. Katanya dia perlu bergegas ke rumah makciknya di Setapak. Manakala aku pula, pastinya belum ada lagi arah tuju diketika itu.

Lama jugak aku duduk di stesen komuter itu memandang sekeliling tanpa ada satu keputusan untuk kakiku melangkah. Aku pandang kaunter tiket. Ramainya orang beratur. Itu yang memenatkan. Melihatnya saja aku dah kepenatan. Rasanya macam nak patah balik ke kolej tapi memandangkan aku dah melangkah sejauh ini, aku perlu teruskan saja perjalananku. Lagipun, hampir setahun lebih aku tak memberi peluang kepada diri sendiri untuk buat perkara begitu.

Jika keluar pun, ada yang memaksa. Kalau bukan rakan-rakan kolej dan kuliah, Kakak dan Abang datang menyapa. Membawaku jauh dari bawah selimut. Itupun hanya berlaku beberapa kali dalam sebulan. Kalau dulu, aktiviti hujung minggu pasti dipenuhi bersama kawan-kawan sekuliah atau sekolej. Paling tidak, ada seorang sahabat baik yang tak putus-putus tanpa jemu menemaniku.

Sekarang….semua itu seperti telah ditelan zaman…yang berlalu bagaikan lebih dari puluhan tahun walhal sepatutnya semua kenangan itu masih harum berbau. Malah, baunya yang tak pernah lekang dari hati…masih bermain-main di sudut sanubari…masih berlegar-legar di minda.

Adakah aku terlalu memaksa diri sendiri untuk cuba melupakan semua itu? Dan akibat paksaan itu, ia semakin memburukkan keadaan. Sebabnya awal-awal lagi aku sudah menyerah kalah. Langsung tidak dapat menandingi kehebatan sebuah memori, tambah-tambah memori indah yang pastinya tak pernah luput. Aduhai memori…..cantik namun berbisa !

Tiba-tiba terasa bahuku dilanggar. Aku toleh kanan. Kelihatan seorang pelancong luar Negara sedang terpinga-pinga mencari sesuatu di stesen komuter itu. Sesekali dia membaca peta sambil menggaru kepala. Mungkin dia tak sedar backpack dia yang besar itu telah melanggar bahuku tanpa sengaja. ‘Biarkanlah…bukan cedera’ getus hatiku perlahan.

Pelancong wanita itu kemudian baru terperasan akan kaunter tiket yang sebenarnya tidak lah jauh mana dari tempat dia berdiri. Mungkin disebabkan terlalu ramai orang disitu menyebabkan dia terhalang penglihatan. Minat pula aku melihat dia.

Seorang wanita bersaiz agak tinggi dan berbadan tegap bagai seorang perenang, menggalas backpack yang besar. Berdikari dan berani. Kukira itulah pandangan pertamaku terhadap kelibat itu. Dia kelihatan bersahaja dengan memakai baby-t berlengan pendek bersama seluar khakhis 3 suku menutupi lututnya. Rambutnya yang panjang lebat itu diikat ponytail dan dihiasi sepasang cermin mata hitam ala-ala jenama Dior. Entah-entah memang jenama Dior. Didalam simple, ternampak style yang tak dilupakannya. Kakinya pula disarungkan sepasang kasut kasual berjenama NIKE. Yang ini memang jelas kelihatan logo NIKE.

Ye, dia keseorangan. Bukan, maksudku berseorangan. Mengembara secara solo. Ehhh..mungkin hanya seorang disini dan akan berjumpa teman-teman yang lain disatu checkpoint yang telah mereka tetapkan. Pasti dia sudah ada arah tuju. Pasti dia telah membuat persiapan rapi sebelum mengembara ke Negara asing..

Aku lihat dia telah selesai dengan urusan pembelian tiket dan terus dia masuk ke platform 2, menyeberangi flyover. Terpaksalah dia berpusu-pusu dengan orang ramai yang mungkin menuju ke destinasi yang sama dengannya. Urusannya disini hampir selesai. Aku?

‘Huh !’ kedengaran satu keluhan berat dari mulutku sendiri.

Semua orang ada destinasi, arah dan tujuan. Sedangkan hidup ini pun berkenaan destinasi. Semua orang beratur membeli tiket untuk ke destinasi masing-masing. Mereka membayar untuk harga tiket asalkan tiba di destinasi. Begitu juga hidup…masing-masing berlumba mengejar satu pintu gol yang telah ditetapkan dan sanggup berkorban demi tujuan itu. Mereka membayar dengan kepenatan, kesedihan, masa lapang, dan selalunya wang ringgit untuk mendapatkan apa yang mereka ingin kecapi. Sama. Sama macam konsep menaiki komuter ke destinasi.

Aku memang bijak bab-bab perumpamaan ini namun aku sendiri masih disini. Kosong.

Sebenarnya hati sedang berbelah bahagi samada mahu teruskan perjalanan ataupun pulang ke bawah selimut. Aku harus pilih yang pertama. Aku tak mahu balik ke pangkal katil dan menyorok dibawah selimut. Sampai bila?? Aku harus ada destinasi pilihan. aku harus teruskan perjalanan.

Aku nekad.

Kakiku melangkah malas ke mesin tiket. Mujur ada banyak duit syiling, tak perlulah beratur panjang. Jemari halusku bergerak-gerak atas bawah mencari destinasi pilihan. Setelah berkira-kira, aku menekan satu punat, membayar dengan jumlah yang tepat dan…..mengambil tiket yang diluahkan keluar dari mesin. Selesai bab pertama.

Aku lihat ada yang menjeling kearahku, mungkin kerana marah disebabkan aku mengambil masa yang agak lama di mesin itu. Sedangkan dibelakangku masih ramai yang menunggu. Maafkan aku…. Tak mengapalah. Memang salahku jadi aku terima jelingan itu dengan hati terbuka.

Aku pun menurut jejak pelancong wanita tadi ke Platform 2. Mujur keretapi belum tiba. Ahhhh prosedur standard  servis ni memang lambat. Bagaikan dah menjadi satu jenama bagi perkhidmatan ini….aku rasakan perlu ada satu inisiatif yang betul-betul kuat untuk berubah dan menaiktarafkan perkhidmatan mereka. Promosi kukira sudah cukup luas cumanya, apa yang ditawarkan tu tak berapa standing dengan publisiti. Mungkin pihak berkenaan sudah mula berfikir untuk mengorak langkah pertama bagi satu kemajuan. Apa salahnya, untuk kebaikan masyarakat umum jugak. Satu langkah kecil, jika dibuat dengan usaha pasti membuahkan hasil yang berharga dan dibangga.

Sentap !

Itu yang aku rasakan tiba-tiba. Ayat itu sebenarnya terkena batang hidung sendiri. Aku sebenarnya patut mengorak satu langkah pertama dan bukan asyik berundur mengejar masa lampau. Aku sepatutnya sedar untuk menaiktarafkan diri aku sendiri kearah menjadi seorang yang lebih baik, bukan merendahkan diriku didalam selimut sambil menangisi kisah silam. Aku sebenarnya patut berubah.

Kukira langkah kakiku ini sudah cukup bagi membuktikan langkah pertama yang telah kumulakan sedari awal pagi tadi. Cumanya, ia mengambil masa yang agak panjang dan perlahan untuk langkah ini mengorak ke tapak seterusnya. Apa yang penting ia telah dilakukan. Tambah-tambah setelah bertemu Humaira’ tadi.
Satu SMS masuk. Aku membuka inbox. Humaira’? Ahhh panjang umur.

‘You dah sampai MidValley?’ aku baca sekali lalu. Itu je pesanan SMS darinya. Ringkas dan berbaur pertanyaan. Maknanya aku harus balas.


‘Errrr…belum. Train belum sampai. Lambat la. Delay ni….’ Aku cuba mencari beberapa jawapan yang kukuh walaupun terselit sedikit unsur kurang tepat. Yang sebenarnya satu keretapi telah pergi sejam yang lalu…..dan sehingga kini belum ada delay.

Bunyi SMS lagi. ‘Oooo…kalau dah sampai, roger la. I pun rasa nak ke sana. Urusan dengan makcik I dah selesai.’

What?? Biar betul….kiranya tepatlah keputusan aku untuk membeli tiket ke Mid Valley? Kiranya aku tak akan keseorangan lah nanti? Kiranya……….

Mungkin juga tuah pagi tadi masih belum habis tugasnya. Aku membalas SMS seringkas mungkin. ‘Okay, see you there.’ Tak dilupa, satu symbol smiley dihujung ayat. Aku tersenyum. Betul…langkah pertama, walau sekecil mana pun ia pasti akan mendatangkan sesuatu….

Ya Allah….biarlah senyumku kekal begini.

                                           
-With Love, BalinaQistina-


sambung...

Kerana Pilihan Bab 3


Kerana Pilihan : Bab 1


Kadang-kadang, didalam hidup ini perkara yang paling sukar untuk dibuat adalah pilihan. Betul ke? Ke, aku seorang yang berfikir begini?

Mungkin, sepuluh orang didalam seribu mempunyai pemikiran yang kurang lebih sama dengan aku. Mungkin juga kerana mereka berdepan dengan pilihan seakan-akan aku. Mungkin, paling tepat persoalan yang sedang mereka fikirkan sekarang sama seperti aku.

Atau mungkin juga…aku seorang yang selalu berfikir…

Hmmmm….putih ke merah?

Aduhai…dah hampir setengah jam aku menapak di butik ini hanya kerana aku tidak dapat membuat pilihan.Kedua-duanya telah berjaya menarik perhatianku.Si merah sangat garang dan seksi, sesuai untuk aku.Hehehe…Si putih kelihatan begitu suci dan bersih.Sekurang-kurangnya dapat membawa identiti yang jujur dalam diri aku.

Berat, okay. Berat sungguh untuk membuat keputusan.

Aku tahu aku dah banyak sangat koleksi pakaian merah tapi merah yang satu ni bukan sebarang merah. Merahnya seakan-akan melambai-lambai aku untuk memegangnya, mencubanya dan sekaligus membelinya.Aduhai merah.Sesuai dengan warnamu, kau memang penggoda. Jika aku bayar untuk merah ni, maknanya, inilah jaket aku yang kelima yang berwarna merah.

Tapi…tona warnanya kan berbeza?

Still….merah kan?

Aku cuba bermonolog.

Aku sengih buat yang kesekian kalinya kepada jurujual disitu.Aku faham perasaan yang terpendam didasar hatinya.Samada meluat atau menyampah…aku pasti dia dah semakin bosan dengan aku. Namun, prinsip Customer is always right membuatkan aku tidak mengendahkan perasaannya.

Tanganku mencapai pula jaket yang sama yang berwarna putih. Rare sungguh.Itu yang betul-betul menambat hatiku.Butang-butang besar yang terhias didepan jaket itu makin jelas kelihatan dibandingkan dengan warna merah. Dipadankan dengan dress atau t-shirt hitam memang menjadi ni.

Kolarnya…aduhai memikat sanubari.Ada lace putih yang cantik disetiap sisi kolar.Bertambah cairlah hati.Aku memang kalah pada lace atau renda.

Tapi….lace putih sepuluh kali cantik dengan warna merah.Kontra dan cantik.Cantik, memang cantik.

“Astaghfirullahalazimmmmmmmmm….tak habis-habis lagi ke?”

Alamak.Mak tiri dah sampai.Cepat-cepat aku letakkan jaket putih tu di gantungannya.Aku capai jaket merah, dan terus ke kaunter bayaran. Sempat aku menjeling kepada jurujual manis berbaju kurung Japanese cotton tadi tu. Kelihatan kelegaan terukir diwajahnya. Macam sindir aku je ni…huh !

“Aikkkk?Merah lagi?Berapa banyak merah, sayang?”

Ehhhh.Merah ke?Mati-mati aku ingat aku ambil jaket putih, bukan yang merah.Kening berkerut.Aku pandang jaket ditanganku.Iyelah, merah.Aku pandang dua tiga orang dikiri kananku.Dengan satu senyum yang ala-ala malu, aku serahkan semula jaket merah tu kepada jurujual yang setia tadi.

“I nak yang putih.Salah pulak. Hihi”

Dia seakan-akan dapat membaca fikiranku, terus menganggukkan kepala dan beredar dari situ.Seketika, dia tiba kembali dengan jaket putih pilihan kalbu.Bersinar mukaku seperti mendapat durian runtuh.Sambil tersenyum, aku membayar sehelai jaket itu. Walaupun duit keluar dari dompet, aku masih tersenyum….walaupun aku baru tersedar yang itulah nota lima puluh ringgitku yang terakhir didalam dompetku, aku tersenyum juga.

Mungkin sebab pilihan yang telah aku buat.

Mungkin kerana….keputusan yang aku buat itu terdorong oleh suara kakakku yang mengejutkan aku dari monolog-monolog ku sebentar tadi dan lantas aku putuskan satu keputusan.

Aku ingin sangat berterima kasih kepada si kakak tersayang itu.Kalaulah dia tak muncul, aku yakin, suara yang bakal aku dengar adalah suara si jurujual yang dah hampir kebosanan dengan karenahku.Mujurlah hanya dua helai baju dan dua warna.

Bayangkan kalau sepuluh?

Usai semuanya, aku memeluk pinggang kakak yang cantik tu. Kakak yang cantik, bukan pinggang yang cantik. Okay…kakak aku memang mempunyai pinggang yang cantik. Maka, sebetulnya, aku memeluk kakak yang cantik itu dipinggangnya.

“Jom. Lapar….”

Dia mencubit pipi aku. “Awak tu yang lambat kan? Akak dah beli tiga pasang kasut dari tiga kedai yang berbeza…awak tu…satu kedai pun berjam-jam !”

Baiklah, dia membebel lagi.Aku tadahkan telinga kerana sedar salah aku.Aku memang tidak boleh diberi peluang di masa senggang untuk membeli belah seorang diri.Sebabnya, masaku selalunya terbazir kerana berfikir.

Bukan hobi.Selalunya kebetulan.Sinonimnya berfikir adalah masa…itu definisi aku lah. Kerananya, sekiranya aku mempunyai banyak masa lapang, maka aku acapkali akan menghabiskannya dengan berfikir. Selalunya, aku berfikir untuk perkara-perkara yang penting.Yang aku tahu, sekiranya aku tidak berfikir dahulu sebelum membuat keputusan, maka hasilnya mungkin tidak memuaskan.

Otak mana yang aktif sebenarnya aku tak berapa pasti.Aku fikir, kedua-duanya – kiri dan kanan.Sebabnya, keaktifan kedua-dua belah otak aku ini berfungsi memang tidak dapat dinafikan lagi.

“Where to?” soalan diajukan. Soalan yang paling aku tidak gemar kerana ia melibatkan membuat keputusan untuk pilihan. Banyak yang perlu dipertimbangkan. Bukannya satu saja kedai makan di MidValley Megamall ni. Dah namapun megamall. Aduhai…

Your choice,sis…Please don’t count on me.”

Itu langkah paling bijak yang akan aku lakukan. Membalikkan kesukaran membuat pilihan itu kepada kakak aku.Dia membulatkan mata memandangku, sambil bibirnya disengetkan.Suka aku melihat muka tidak puas hati itu.

Kakiku melangkah perlahan seiring kakak.Sekejap kekiri, sekejap kekanan.Sekejap, dia menghentikan langkah dan mengerutkan dahi.Mulut terkumat kamit bagaikan bermantera.
Dan dia pun berlaku jujur. “Okay…tolong pilih satu je. Fast food?Japanese food?Western food?Korean food?Atau…foodcourt?”

Kan? Pilihan lagi tu.

Lantas aku pilih untuk makan tengahari dilewat petang di satu restoren Korea, Dubu-dubu Seoul Food Restaurant yang terletak bersebelahan Restoren Kenny Rogers.Aku sememangnya telah jatuh cinta dengan menu-menu di restoren ini sejak pertama kali aku mencubanya 3 bulan lepas, bersama seorang sahabat baik.
Asalnya aku terpikat dengan pengacara satu rancangan TV yang telah membuat ulasan di kedai ini. Maka, seperti biasa, aku akan meletakkan nota di iPhone ku sebagai perigatan didalam senarai ‘Makanan Mesti Cuba’ aku. Sebulan selepas itu, aku pun mencubanya pada hari Jumaat, pada waktu rehat yang panjang.

Kakak tersenyum panjang.Dicubitnya pipiku sekali lagi. “Brilliant!”

Aku sengih.Dan tanpa dipinta, otakku menerjah semula persoalan kakak sebentar tadi.Aku terfikir dan terus bertanyakan satu soalan nakal.

“Kenapa tak ada pilihan Malay food?”

“Errr…didn’t I mentioned it just now? Ehhh…mama masak lagi sedap lah.Dah jom makan.”

Seperti biasa, ruangan sudut akan menjadi pilihanku. Mujur tak ramai. Walaupun agak pelik akan keadaan kedai yang agak kosong pada waktu ini, aku tetap berasa bersyukur kerana tak perlu menunggu lama untuk mengisi perut.

Sambil menunggu pesanan dihantar, kakak cuba memancingku dengan satu soalan.

“So? Dah sedia ikut keputusan mama?”

Ahhhhhh. Balik-balik soalan yang sama. Mama tanya, Papa tanya…abang tanya..dan sekarang, kakak pun nak tanya?

Aku memandang kakak dengan muka yang kebosanan.Biarkan.Soalannya aku balas dengan jelingan.Aku membiarkan saja soalan itu tidak berjawab.Jari jemariku sibuk menekan-nekan iPhone, membalas mesej WhatsApp yang masuk tanpa henti.

“Siapa tu?” Kakak cuba memancing lagi.

“Tak ada sesiapa………….” Spontan aku membalas.

“Sayang, kalau Balqis tak mahu, bagitahu Mama dan Papa. Jangan pendam sampai macamni.It’s your life, dear.”

Huh? My life?Betul ke?

Selama ni pun bukan aku yang corakkan hidup aku. Orang lain yang corakkan…semua warna-warna dalam hidup aku, mereka yang warnakan.

Do I have a choice?”

“Sebenarnya, tak….Tapi sekurang-kurangnya Balqis bagitahu.”

Belum sempat aku membalas sepatah ayat, pesanan makanan tiba.

Tergoda aku melihat Cheesy Beef Bimbimbap aku diletakkan didepanku.Panas berasap membuatkan aku tidak sabar untuk menjamahnya. Selera aku meluap-luap sehingga terlupa seketika akan persoalan kakak sebentar tadi.

Belum pun aku menjamah menu didepan mataku, pantas tanganku mengambil kimchi dan ayam halia dari pinggan kakak.Terlupa yang ayam itu masih panas, terus aku masukkan ke mulut.Maka berairlah mata dek menahan kepanasannya.

Kakak tersenyum sambil menggelengkan kepala.

“Mujurlah badan awak tu kecil…Makan macam ada membela hantu raya.Baca doa tak?”

………………..Bismillahiawwaluhu waakhiruhu.

Astaghfirullahalazimmm….sampai terlupa nak baca doa aku dek penangan perut yang lapar. Jangan diulang, Balqis.

                                          **************************************

Aku memandang cermin didepanku.Gembira dengan pilihanku siang tadi, aku mencuba jaket putih itu berulang kali. Digandingkan bersama dress, t-shirt, blouse…seluar jeans, slack, skirt…semuanya aku cuba.

Dengan gaya spontan didepan cermin, aku snap satu gambar dan terus MMS kepada kakak. Kenapalah rindu kepada dia makin membuak-buak.Baru siang tadi aku ketemu.

Secara tiba-tiba aku termenung. Aku pandang cermin itu lama…sangat lama….

Soalan kakak siang tadi sangat memakan diri.

Bersedia kah aku untuk membuka buku baru dalam hidup?

Sejujurnya aku tak berdaya menipu diri sendiri.Hati meronta-ronta minta aku menyuarakan kebenaran. Namun aku sedar, aku harus akur akan kehendak mama dan papa. Jika Kakak dan Abang boleh akur, kenapa aku yang bongsu ini perlu membantah?

Tapi……

Ahhhh !Persoalan kakak memberatkan kepala. Aku tak sepatutnya terbeban dengan soalan dan peraturan sebegini di usia seawal 24 tahun. Adakah aku diizinkan untuk bertanya sekurang-kurangnya ‘Why me?’ Why?………

Aku pandang cermin itu lagi….kali ini aku pandang tepat ke dalam mataku.Kelihatan sepasang mata itu berkaca dengan airmata yang tak mampu tumpah ke bumi. Mungkin sama seperti suara hatiku yang tersekat, tak mampu diluahkan.

Didalam mata itu, ada satu cita-cita menggunung yang aku nampak kian kabur.Entah kenapa aku tidak yakin benar yang aku mampu merealisasikan cita-cita ini.Yang sebenarnya telah lama aku simpan didasar hati yang dahulunya cekal dan tabah.Kini, pendiriannya umpama kian retak….hampir berkecai sekiranya tidak diampuh dan dijaga.Salah siapa?

Tanyalah si pemilik hati.

Aku meletakkan kedua-dua tangan didadaku.Didalamnya ada sekeping daging yang amat sensitif.Seketul hati yang amat setia menyimpan cita-cita dan impianku.


Tidak lama lagi aku bakal meleraikan janji-janjiku pada hati itu.Yang telah kujaga baik sejak sekian lama.Yang telah aku tanamkan dengan kegembiraan….yang telah aku ajar erti kesabaran.Yang telah aku didik dengan kecekalan.

Ye, aku anak bongsu.Namun tak semestinya aku seorang yang manja.Petik jari dan segalanya yang kuinginkan datang mengadap didepanku. Mustahil…. Mama dan papa bukan begitu orangnya.

Malah, sebagai anak bongsu yang mempunyai Kakak dan Abang yang boleh dikatakan hampir sempurna hidupnya membuatkan statusku lebih tercabar.Pastilah aku harapan terakhir yang mereka ada.Maksudku untuk membuatkan semuanya kelihatan sempurna.

Masakan ada yang sempurna….

Bunyi ketukan pintu bilik membuatkan aku tersentak. Rupanya aku masih berdiri dihadapan cermin berbingkai putih itu sejak dari tadi.Terdengar suaraku dipanggil sayup-sayup dari luar.Aku tidak membalasnya.Jaket putih ditanggalkan dan digantung molek didalam almari putih yang besar. Baru aku sedar, semuanya putih.

Kuharapkan hatiku seputih itu, sama seperti hari pertama aku dilahirkan kemuka bumi ini. Seputih salju, bak kata orang. Suci dari noda dan dosa…. Mampukah ia seputih itu lagi?

Pintu dikuak. “You…you ok tak ni?”

Tersentak lagi.Apa kena dengan aku? “Yes..I’m okay.” Satu, dua, tiga patah aku jawab.

Humaira’ masuk sambil menerpa kearahku.Diletakkan tangannya dileherku.Kemudian dahiku.Kemudian, leherku sekali lagi.

“I’m okay, Ara…” aku bersuara manja.

“You nampak macam tak ok.Macam kepenatan.You tak lapar ke?Jom…I dah tapau Burger Daging Cheese OTAI kegemaran you.”

Ara senyum.Sempat dia menjeling almariku yang ternganga pintunya yang belum sempat aku tutup.Aku yakin dia nampak jaket itu.

“You………cantiknyeee !”

“Huh, obsess betul you dengan putih.” Betul telahanku.Ara memang peminat setia putih.Apa sahaja yang berwarna putih pasti dapat menarik perhatiannya walaupun benda itu disorok. Tanpa dipinta, dan disuruh, Ara mencapai tangannya dan mengambil jaket putih digantungan.Dia mencubanya dihadapan cermin.

She’s beautiful. Putih kemerahan….semerah namanya.Humaira’.

“It suits you well, dear.”

“It suits you even more, Balqis.”

Itulah dia Humaira’.Sangat merendah diri…bermanis mulut dan berhati mulia.Aku jatuh sayang padanya sejak pertama kali bertemu, didalam bas.Ahhhh…memori. Secepat kilat boleh menyambar bait-bait kenangan yang aku simpan kemas dihujung dasar minda.

Baru sahaja aku terdetik untuk mengimbau kembali kenanganku bersama Ara….terdengar pula dua suara yang seakan-akan menjerit dari ruang tamu.

“Ara !!!Balqisssssssssss !!”

Serentak jua kami menjerit dari dalam bilik beraduku – COMING !!!!

Terpaksa aku lupakan imbasan kenangan dek terbayangkan burger penuh sos black pepper kegemaranku sedang menanti. Sekali lagi, aku kalah pada makanan.



“Comot !” dia terus mengelap pipiku dengan tisu merah dari atas meja. Kasar betul, terlekat kesan merah akibat tekanan yang kuat pada kulit pipi aku yang ala-ala sensitive ni.

Aku cuba menepis tangannya yang pantas itu tetapi…memang dia pantas. Malu aku dibuatnya.Malu lagi bila aku terperasan yang ada tiga empat pasang mata memandang tingkah lakunya. Seperti biasa, mukaku akan jadi kemerahan..terasa panas ditelinga.

“…blushing…….” Dengan selamba kata-kata itu keluar dari mulutnya.Memang.Bab sakitkan hati aku, dialah perintis.Aku sekadar menjeling sambil memuncungkan bibir ku tanda protes.Satu, kerana dia membuat sesuatu yang membuatkan aku blushing…kedua, dia menyindir aku sebab aku blushing. Huh. Dasar.

Aidil tersenyum sinis, pastinya dengan gelagat aku yang sudah dia sedia maklum.Katanya, aku kuat merajuk. Pantang dia tersilap sikit, muncung aku akan mendahului maafnya. Arif benar Aidil tentang perangai aku ini. Dan selalunya, dia akan sengaja menambah perisa bagi menaikkan lagi panas dihatiku – ‘Anak Bongsu memang begitu. Manja!’

Huh, Aidil. Kadang-kadang langsung aku membisu.Bukan kerana dah buntu idea untuk membalas, tapi kerana malas untuk menokok-nambah cerita.Alih-alih aku juga yang perlu menanggung sakit hati.

Habis seketul burger daging dijamah, aku masih diam. Seronoknya perasaan bila dah kekenyangan.Aktiviti makan malam ku telah selesai.Kini, aku harus memberi tumpuan pada assignment yang tak sabar-sabar menanti untuk membebankan otakku. Beban pun beban lah…. Itulah tanggungjawab sebagai seorang pelajar.Sudah namanya pun ingin berjaya, perlulah berkorban biarpun sudah keletihan.

Aku hampir terlupa akan Aidil disebelah. Cuma kelihatan bayangnya sahaja..malah sedikit pun dia tidak bersuara. Ahhh tidak, uhhhh pun tidak.Kenapa?

Bersuara salah, tak bersuara salah. Alahai, Balqis. Langsung tak tetap pendirian.Umpama satu perasaan yang sering disebut – love hate relationship.Mungkin itu satu perumpamaan yang sesuai untuk Aidil dan aku.Kadang-kadang benci aku meluap-luap padanya, kerana mulutnya tu kalau berbicara boleh mengalahkan kaum hawa.Kadang-kadang, perasaan sayang padanya langsung tak dapat aku gambarkan.Terlalu sayang sehinggakan aku takut untuk bersahabat dengannya.Takut jika perasaaan itu melarat dan lantas jatuh kasih padanya.

Tak mungkin lebih daripada itu.Tak mungkin.

Kami bersahabat baik sejak dari bangku sekolah. Dia seorang sahabat lelaki terbaik yang pernah aku dampingi.Tak pernah mengambil kesempatan keatas aku, seorang gadis yang selalu dipanggilnya dengan panggilan ‘my sweet princess’. Entahlah apa perasaan yang dia pendam terhadapku. Padaku cukup sekadar hubungan persahabatan yang telah tersimpul kuat itu. Aku tidak mengharapkan yang lebih dari itu kerana aku risau akan kekecewaan jika sesuatu terjadi pada persahabatan ini.

Dia yang selalu datang padaku jika ada budak-budak lelaki nakal mengusik.Maklumlah, muka secomel aku, ada saja yang teringin hendak mengusik.Aku memang seorang yang agak manja di zaman sekolah.Mungkin benar kata Aidil – anak bongsu memang begitu.Namun manja itu tak sampai kemana pun. Sekadar di sekolah.

Mama dan papa tegas. Dilayan manjaku tetapi pada masa yang sama ditunjukkan ketegasan mereka. Mungkin kerana itu, aku pun terikut-ikut menjadi seorang yang tegas. Kadang-kadang kata Aidil, aku ni garang. Risau dia hendak menegur jika aku sedang melayan bad mood.Risau kena marah tak bertempat.

Hehehe…Aidil, Aidil. Patutlah aku sangat sayangkan dia.

Ada saja penilaian yang dibuat keatas aku.Terasa seperti diaudit setiap kali bertemunya. Yang baik, yang manis, yang buruk dan pahit…semuanya disenaraikan padaku tanpa rasa bersalah. Namun tak sedikit pun aku makan hati. Jika betul, apa salahnya aku terima dengan hati terbuka. Jika salah pun, aku boleh buktikan kepada dia yang telahan dia tak benar.Tak ada sebab untuk aku rajuk berpanjangan dengan manusia semanis Aidil.Sebabnya, dia amat pandai memujuk.Ada saja kata-kata dia yang boleh membuatkan rajuk ku hilang…hinggakan terkadang langsung aku lupa benda-benda yang boleh membuatkan aku marah.

“Dah siap soalan 3?” tiba-tiba soalan itu menghentikan lamunanku.Mata aku membulat.

“Dah…nak tiru la tu?”

“Tak…kalau belum siap, I nak bagi U jawapan.Nak??”

Aku tersengih.“Thankss…” jawabku sepatah. Aidil menghulurkan kertasnya “……….but NO THANKS !” jawabku lagi sambil memberikannya satu jelingan.

Aidil mencubit pipiku.“Nakal. Kalau boleh I nak tarik pipi U ni sampai jadi tembam.”

“Heyyy !” aku menjerit. Sakit bila dia cubit dengan perasaan geram.

Aku masih tak faham kenapa ramai sangat suka mencubit pipi aku ni. Bukannya gebu sangat pun. Iyelah, tembam sedikit…tapi tak adalah berlapis-lapis macam anak buahku si Daniyal tu. Kalau pipi macam Daniyal, memang menjadi mangsa ciuman aku lah…bila dia menangis baru aku lepas.Teruk punya Maksu.

“U memang tak pandai minta maaf,kan?” Aidil mengenyitkan matanya dengan soalanku itu.Kemudian tanpa membalas pertanyaanku, dia menyambung kerjanya dengan sengaja tidak mengendahkanku.

“Aidil…are you listening?” sekali lagi, dia seakan-akan tidak wujud disitu.

“Aidil…???? Aidil…??”

“Balqis……” badanku terasa digoyang berkali-kali.Berat rasanya untuk membuka mata.

“Balqis…bangun, Balqis….”

Terkejut.Tatkala mataku dibuka, aku hanya dapat melihat Humaira’ yang kelihatan begitu risau. Aku beristighfar panjang sambil mengusap wajahku dengan kedua-dua tangan.

Tiada Aidil. Tiada senyuman sinisnya.Tiada kenyitan matanya.

Mataku meliar disekeliling kamar tidurku, cuba untuk mencari sesuatu yang tak pasti. Tiada.Dia memang tiada.

“Sabar, Balqis.” Ringkas kata-kata itu.Tiba-tiba hatiku sebak dan tanpa diduga aku menitiskan air mata. Semakin lama semakin deras ia mengalir dipipiku….

Aku menangis dan terus menangis..Humaira’ memelukku tanpa sebarang bicara. Terasa getaran tubuhku apabila esakan tangisku makin menjadi….

“I miss him, Ara…I can’t help it.”

Makin kuat Humaira’ memelukku, cuba menenangkan hatiku yang sebak. Luluh rasanya jantung ini. Rupanya aku bermimpi….

Astaghfirullahalazim…

“I miss him, Ara…….” Ulangku sekali lagi didalam tangisan yang entah bila surutnya.


-With Love, BalinaQistina-
sambung..........

Bab 2 Kerana pilihan


A Good Day to Work Hard

Monday !

It deserves no cliché "It's Monday Again" words every week. Pity Monday. Monday should be loved as much as the Friday is. Or the weekends are. It should get a "Horayyyy It's Monday" as it is considered as the beginning of the week.

Today is the 4th day of August 2014. It's already August. Few more months to end this year. Time flies like crazy. Like you never thought you had a long sleep at night and few bad days in the whole week and great lucky days in the whole month. It flown more like an eagle, but as silent as the fly is. It just....gone when you started to realize it.

It's August.

End of this month is the Merdeka Day. Next month will be the opening of a new semester of my study life, which will also mean that before that, will be the result day. Great. I can't wait. Seriously..? Ehehehehehe. Can't wait to see how I did in the previous exam. Expecting a good result tho.

It is still in the month of Syawal and we are still in the Hari Raya mood. Give us more than a month, and we can still have that feeling of Hari Raya. While celebrating it this year, with the usual tradition, mood, smile, gathering and food, we are still attached to remembering the world biggest crime ever happen on earth which are the inhumane killing of people. From MH370 which is still a mystery, to MH17 which is clearly seen to the most evil genocide did by the Zionist towards people in Palestine and other wars happening to the muslims all over the world. Yes, we are having our greatest Eid but at the same time, we are showing our greatest support to all the victims.

It's heartbreaking indeed.

But Monday, I promised to be a good girl since the last few months since last year. Every time I'm thinking of saying 'Oh no' to Monday, I change it to a 'Yeay!'. That yeay vibe alone will tend to change the whole perspective of Monday for me. Honestly, it's not that hard. Maybe a bit tough to start being positive for a grumpy me. It's like meeting a gorgeous man of your dream but you are speechless at the same you are supposed to say hello to him. A bit tough. A resistance for a can't resist situation. Imagine if that man said Hi back and give you a smile to melt for. Isn't it wonderful?

Being positive is something like that. Its not the most beautiful thing we wanna do but the result could be the prettiest. I'm not bragging like I AM positive. However, I know having too much of negative mind will lead you to the never-ending journey of bad days. Been there before. It's not good and tiring. Too much thinking involve but it still lead you a nowhere. No outcome but a migraine, headache and pain to whole body due to stress. Not fun at all !

Again, being positive today, I just write down whatever comes in mind without having the right points to be highlighted. I just feel good. It's been a while since I started to write in this empty spaces. Yeah, this is not the first time I said 'it's been a while'. Too lame and boring. But it's true. Can't remember when was the last post but I guess it was less than 6 months ago. I hope it's right.

I revisited my unfinished Novel entitled Kerana Pilihan which first started on 2012. Still at chapter 7. I can't complete it. I am totally stuck. I wrote that when I was really alone and lonely surrounded by a lot of books which 50% are still unread. The ideas were simply dancing inside my head. I could even picture the whole story line playing like watching a great movie with some pop corn. I could simply run my fingers on the keyboard without even remember how I did it, but to see the story been created. It's was so damn easy. I don't even have to think. I just need to be in the shoes, being sad and sorrow. And now... when I have the people to read it, the passion to continue it, I am totally lost ! Read the whole 7 chapters few times but still I don't have any great powerful wonderful words to even start. I seem to lost the Balqis, my main character. I can't picture being her with thousand and one troubles need to be carried on her small shoulder. I can't even picture the gorgeous Hanef, that has a very melting smile. And....Aidil ! The guy who will always be there next to Balqis, like forever. And Humaira' who can't stop being her best trusted buddy even she knows Balqis is so complicated. Where are they...?

In which part of brain did I placed them? They refuse to come out. They are there hiding from me, somewhere I know I could find. I just need to find. But this time, the entire situation will not be the same.

I am happier, have to admit that. I have to act like one. I can't simply put myself into being lonely just to call all the characters back. I just need to find the way. I know I can. I will need to work harder. I really want to finish the story. Put an end to it. Can't let Balqis be like me before. She needs to move on like me. Life's so beautiful, I can't miss it by sitting and waiting. Life's to be ventured. The treasures are beyond what eyes could capture and that's what I'm gonna look for.

It's a good day. Too good to be missed and wasted. It is just...a good day.


-With Love-